SCRIPT: KETUK-KETUK, MASAK APA TU? (for educational purpose)

SKRIP KETUK-KETUK, MASAK APA TU?
23.9.2019 – EDISI KHAS MUSIM KETIGA

SEGMENT 1
1. *ROLL OPENING MONTAGE*
2. S – INTRO EPISODE
S – Hai Assalamualaikum kepada anda semua yang berada di Tesco Melaka Cheng dan yang berada di rumah tu. Apa khabar? Masak apa hari ini kakak- kakak, makcik-makcik semua? Kembali lagi kita hari ini dengan rancangan memasak no 1 di Malaysia bersama artis- artis jemputan dan juri jemputan kita iaitu Masterchef terkenal Malaysia… Izyan Hani!
S – Hm.. tak seronok lah kalau episod ni kalau takde since menerjah artis kan? Jadi … Anda rasa artis mana yang bikin kontroversi panas di Malaysia hari ini? Siapa yang kita nak terjah ni? Untuk pengetahuan anda semua yang sedang menonton rancangan artis kita kali ini merupakan artis dan seorang instafamous yang diberi jolokkan beauty with brain! Betul ke apa yang kita dengar tu? Nak tahu ke? Ha! jum kita terjah mereka! Mari kita tengok siapa yang kena !
[SUPER NAMA: SHIELA RUSLI]
[SUPER LOKASI: TESCO CHENG MELAKA]
[SUPER TARIKH: 23.9.2019]
3. INSERT VT TERJAH ARTIS DI RUMAH MEREKA
4. S – INTRO TOPIK
S: Haa.. ini lah di artis yang berjaya kita terjah harini! Hai Zahirah! Wah, cantiknya adik Zahirah kita ni.. patutlah cik abang tu berkenan sangat dengan awak ye..so, Zahirah macam mana hubungan awak dengan artis yang sorang tu..amboi sakan bercuti tak takut kene kecam ke?
Z: Hai sis, mana ada cantik sis, sis lagi cantik nampak muda je sis kita ni kan? Hubungan saya dengan dia Alhamdulillah berjalan dengan lancar je sis. Bab kecam ni ira ttak nak komen apa la sis sebab kita buat baik either baik atau buruk sekali pun orang tetap akan kecam kan? So, ira decide terima je yang lain ira tak berani nak komen lah.
S: Haha..wah pandai dan matured ye  fikiran awak ye ira, pandai la tu nak mengelak bila mention cik abang dia tu kan sayang sangat lah tu. Eh kejap! Ira kalau nak tau hari ni Ira tak sorang tau sebab sis bawakkan jugak instafamous untuk berganding dengan Ira, takde la Ira sunyi nanti kan. Instafamous ni bukan biasa biasa tau Ira sebab dia pun ada kontroversi jugak dengan artis tempatan kita ni! Haaa… teruja tak nak tau ni sape instafamous tu?
Z: Oh my god! Seriously sis?? Tak sabarnya Ira sape dia tu sis? Selamat la Ira takde la Ira je kene soal kan? Hahaha
S: Ye ni kenalkan Sharifah Rose atau dikenali di Instagram Sharifah Rose Sabrina. Jadi Rose, Hai! Apa khabar? Ismail pula apa khabar? Eh! Sorry sis gurau je hehehe…  jadi sekarang ni Rose buat apa ya? Kenapa netizen kata Rose ni instafamous beauty with brain tu? Kejap kenalkan ni Zahirah Mc Wilson yang akan berganding bahu dengan awak kejap lagi!
R: Hai sis, khabar baik, dia pun khabar baik rasanya hahaha. Rose sekarang masih belajar di Uitm asasi Undang-Undang tapi Rose jugak aktif dalam bidang modelling sebab Rose minat dan berharap sangat dapat ada dalam muzik video Ed Sheeran one day hehehe.. Tapi kan sis kita borak borak ni tapi kenapa kita dalam Tesco ye?
Z: Ha ah la sis, ira dari tadi curious kenapa kita dalam Tesco ni? Thanks Rose sebab tanya! Hahaha
S: Haih korang ni taktau lagi ke, kalau dah ada dengan sis ni kan confirm la kene masak! Ha nak tau knape kita dalam Tesco sekarang? Sebab kita nak cari barang memasak lah! Jum kita cari barang memasak!
5. INSERT VT MENCARI BARANG MASAKAN DI TESCO
6. BUMPER OUT
SEGMENT 2
7. BUMPER IN + 8. WELCOME BACK
S: Okay bersama kembali kita, tema masakkan kali ini ialah masakan tradisional, Ira dengan Rose dah dapatkan barang barang yang mereka perlukan untuk memasak tu jum kita tanya diorang.
Z: Sis, actually Ira tak pandai masak tapi ira akan try harder lah harini untuk masak hahahah.. okay Ira nak masak nasi lemak bonda harini sis, ni ramuan dia, Ira ada satu kota santan, beras yang semestinya dari beras Faiza, daun pandan, halia, yang ni pulak bahan yang sudah dikisar; ada bawang merah 2 biji bawang putih 2 ulas dan semangkuk cili kering sedikit belacan dan asam jawa. Ada ikan bilis dan timun. Tak lupa jugak ni sis ada bahan asas garam, gula dan ajinamoto dan jugak minyak masak Saji.
R: Okay memandangkan Ira dah masak nasi lemak so, Rose nak masak rendang ayam harini. Okay ni barang barang dia ada lengkuas, halia, kunyit, 2 batang serai, 1 biji bawang besar 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih yang dah dikisar halus. Rempah pulak Rose ada 2 batang kayu manis, 3 kuntum bunga lawang dan 5 biji buah pelaga. Tak jadi rendang ayam la sis kalau taka da ayamnya kan, ni ada setengah ekor ayam , sesenduk cili kisar, satu kotak santan ½ air asam jawa 1 sudu kerisik dan serbuk kari, 2 helai daun kunyit garam dan gula serta minyak masak dari Saji untuk menumis.
S: Amboi hebatnya korang berdua ni! Terkejut sis hebat la cara kamu berdua terangkan bahan bahan menumis tadi. Untuk pengetahuan anda semua bahan bahan basah dan kering yang mereka gunakan semuanya terdapat di pasaraya Tesco ni tau! Lagi satu kalau Ira dan Rose nak tau la kan sebenarnya kamu berdua masak ni akan dinilai oleh masterchef kita Izyan Hani ye. Dan tukang masak yang terbaik akan membawa pulang ganjaran rahsia dari kami.
Z: Alamak sis! So, I need to compete with Rose la ni?
R: Oh my god, im nervous right now sis!
S: Hahahahah tak apa sis tau kamu berdua boleh buat! Jum kita mulakan.
9. BUMPER OUT + 10 WELCOME BACK
Z: Mula – mula Ira akan masak nasi, ini beras yang sudah ni basuh dan ira letak kan satu kotak kecil santan dan 3 cawan air sedikit garam, halia dan daun pandan. Seterusnya Ira teruskan dengan menggoreng ikan bilis dan toskan minyaknya. Dan akhir sekali Ira panas minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tdi tumis hingga naik bau dan garing. Setelah garing dan naik bau Ira letakkan garam gula ajinamoto dan asam jawa.
R: Okay, Rose akan teruskan dengan menumis bahan kisar tadi sehingga naik bau dan Rose akan letak kayu manis, bunga lawang, dan buah pelage dan ayam yang dah dipotong dan dibasuh ni. Rose letakkan santan dan air asam jawa dan semangkuk kecil air tambahkan rempah kari dan kerisik. Sementara menunggu didih letakkan garam dan gula dan dua helai du kunyit.
S: Masak tu memasak juga ni sis nak tanya soalan panas ni dekat Ira, semenjak Ira bercinta denga Aiman tu Ira contact lagi ke dengan Zul? Ke dah tak bertegur? Haaa panas tak soalan ni?
Z: Hahahaha amboi sis soalan tu.. Ira dah tak contact lagi la sebab kami pun tak ada urusan yang memerlukan kami untuk contact each other. Yang lain tu Ira tak berani nak komen la sis. Haaa dah siap dah sambal nasi lemak ni sis!
S: Pandai lah kau alih topik ye Ira hahaha. Wah sedapnya bau, makin kuatlah bau nasi minyak jugak nanti ye Ira! Hmm diam je adik Rose sorang ni, dah siap ke rendang tu?
R: On the siap dah ni sis, alamak dah smpai turn saya ke kene soalan panas ni?
S: Ye betul lah tu dah sampai turn kamu pulak nak tanya soalan panas ni! Okay Rose macam mana boleh terputus di tengah jalan ni? Tak sayang ke hubungan tu?
R: Saya pun tak berani nak komen la sis, dah taka da jodohkan nak buat macam mana.
S: okay lah, saya nak tnya audience dekat sini. Kalau boleh jawab soalan sis nak bagi hadiah ni barangan dari Tesco dalam rancangan, Ketuk-Ketuk, Masak apa tu? Okay berapa umur Zahirah?
A: 21 tahun !
S: Hebatnya akak ni! Nama siapa kak dari mana ni?
A: Nama saya Imah dari Bukit Beruang Melaka.
S: Oh, tahniah kak Imah, nah hadiah dari kami, Tahniah kak, Okay soalan kedua, siapa nama penuh Rose?
A: Sharifah Rose Sabrina!
S: Ye betul adik! Siapa nama tu dari mana?
A: Saya Mariam dari Cheng Melaka
S: Okay adik Mariam kita, Tahniah ini dia hamper daripada Tesco Melaka.
S: Memandangkan dua hidangan telah siap kita akan beri kepada masterchef kita untuk menilai.
11. BUMPER OUT
12. BUMPER IN + 13. WELCOME IN
S: Bersama lagi kita dalam rancangan .. Ketuk-Ketuk, Masak Apa Tu? Okay makanan dah dinilai, sebelum tu sis nak ucapkan terima kasih kepada Zahirah Mc Wilson dan Sharifah Rose sudi luangkan masa untuk rancangan Ketuk-Ketuk, Masak Apa tu? musim ini.
Z: Sama sama sis, Thanks jugak sebab jemput dan terjah Ira hari ini.
R: Thanks, jugak sis sebab sudi jemput saya.
S: Alhamdulillah, tanpa buang masa tahniah kepada Zahirah dan Rose anda berdua menang tiada juara untuk episod kali ini kerana dua duanya hebat dalam memasak. Ini dia wang tunai sebanyak RM2000 dan baucer membeli belah di mana mana pasaraya Tesco, barangan dari Saji dan set kecantikkan dari Deeja Cosmetic. Semoga Berjaya di dunia dan akhirat.
S: Okay anda semua yang dirumah tu nantikan episode seterusnya! Kita lihat pulak siapa pulak yang buat kontroversi kali ini? Panas ke? Cantik ke? Kacak ke? Haaa nantikan episode minggu depan. Terima kasih! Assalamualaikum, jumpa lagi!
13.* ROLL END CREDIT*



Comments